Wednesday, January 4, 2012

Emak Amalina terkena kejutan budaya..

 

Mula- mula gue malas nak campur pasal kisah Amalina ni,gua hanya ingat ini berita-berita blom soheh
tetapi apabila emak Amalina membuat kenyataan di akhbar, baru gue berkata..ooo cerita ni betul rupanya..
Klau dah soheh beritanya ..maka gua pon nak la tumpang mengumpat,mengata dan mengeji sekali..

Gua bukan nak mengata,mengumpat dan mengeji pada Amalina..tapi gue nak mengata kat mak dia,
Kalaulah mak dia duduk diam-diam tk bercakap mungkin orang ramai masih menganggap yg berita
panas Amalina tu mungkin berita palsu yg direka-reka untuk memburukkan nama Amalina,
tetapi sayang kuasa tuhan melebihi segalanya..Emak yg pecahkan pekong anak,dan berita ini bukan berita
palsu lagi dan telah disahkan oleh emak Amalina sendiri..maka tidak timbul la cerita ini adalah fitnah.

Zul Kulim meminta penulis blog menghentikan penyebaran berita fitnah ini,
kah kah kah..dasar mamat munafik klau cerita benar dikatakan fitnah .tapi kalau berita fitnah dikatakan
berita itu benar..ciri -ciri orang munafik ini akan menerima balasanya tak lama lagi..

Berbalik kepada cerita Amalina..gue sungguh sedih terhadap Emak Amalina..sepatutnya Emak mengajar anak cara berpakain yg betul mengikut Islam tetapi sebaliknya Emak yang mengajar anak kejalan yg makin sesat.
Gue petik kata-kata Emak Amalina dibawah..

“Pakaian yang dipakai Amalina dibeli saya sendiri, manakala gambar terbabit dirakam ketika kami bersama melancong ke Paris untuk bercuti pada Ogos 2009.  sebenarnya, gambar yang disiarkan itu gambar lama yang bersifat peribadi. Saya mengenali setiap rakannya yang turut berada dalam gambar itu" Emak Amalina

Kata-kata Emak ..cuba nak coverline anak tapi sapa nak coverline mak pulak?
Kalau anak menjadi begitu kerana keputusan dirinya sendiri kira ok la perubahan tempat,budaya,pergaulan dan kita boleh memarahi anak..dan emak akan menasihati anaknya..tetapi sebaliknya Emak yg ubah anak begitu sapa yg nak nasihati anak lagi?

Gue ingat Amalina yg terkena kejutan budaya..tetapi sebaliknya Emaknya yg terkena kejutan budaya..kah kah kah kah..parah klau macam ni..

Nak tanya Mak..kalau kalerkan rambut.. sah tak mandi hadath dan sah tak ambil air sembahyang dan sah tak kalau sembahyang? sekarang mak nak salahkan facebook kerana gambar peribadi anak mak yg daring tu tersiar..sapa yg suruh anak mak sumbat gambar-gambar tu dalam FB?

Sekarang Mak nak salahkan sapa?


Saturday, December 17, 2011

mana satu yg bleh pakai ni?



Bachok: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) tidak menerima borang permohonan fotostat yang dikemukakan mendapatkan bantuan RM500 skim Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang ditutup permohonannya hujung bulan ini.
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata, pemohon perlu terlebih dulu memastikan borang permohonan yang hendak diisi asli.

Kerajaan hanya menerima permohonan melalui borang asli yang dikeluarkan LHDN yang mula 



diedarkan awal bulan ini,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan wang ehsan kepada petani di Kampung Alor Ganu, di sini semalam.

Seramai 56 petani menerima bantuan RM50,000 berikutan tanaman padi yang diusahakan mereka musnah diserang penyakit karah.

Awang Adek yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan berkata, LHDN mempunyai mekanisme mengesahkan sama ada borang permohonan yang diterima tulen atau sebaliknya.

Menurutnya, kerajaan mengeluarkan borang permohonan yang mencukupi bagi isi rumah berpendapatan tidak lebih RM3,000 sebulan yang layak memohon bantuan itu. - Bernama




Borang BR1M yang difotostat boleh digunakan: Ahmad Husni

IPOH: Borang skim Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang difotostat daripada borang asal boleh digunakan orang ramai untuk membuat permohonan bagi mendapatkan bantuan RM500 melalui inisiatif berkenaan, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah hari ini.

"Borang asli yang telah difotostat boleh digunakan, selagi format borang tidak diubah, maka ia sah digunakan," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata pihaknya banyak menerima pertanyaan berikutan kekeliruan orang ramai berhubung penggunaan borang permohonan BR1M yang difotostat bagi tujuan mendapatkan bantuan itu.

Ahmad Husni berkata orang ramai tidak perlu panik dan menasihatkan mereka supaya mendapatkan borang tersebut yang diedarkan melalui agensi-agensi yang dipertanggungjawabkan.

Katanya sehingga Khamis lalu, pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah menerima dua juta borang permohonan BR1M daripada orang ramai dan sudah mula memproses permohonan berkenaan.

Tarikh akhir menghantar borang permohonan BR1M ialah 10 Jan 2012.

Ahmad Husni berkata borang BR1M akan diiklankan di akhbar-akhbar utama pada Isnin ini selain boleh didapati melalui laman web Kementerian Kewangan.

Mereka yang berdaftar dengan e-Kasih Jabatan Kebajikan Masyarakat juga akan mendapat pemberian RM500 itu.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya membuat laporan polis jika didatangi pihak tidak bertanggungjawab yang mengenakan bayaran selain meminta nombor akaun bank bagi mendapatkan bantuan berkenaan. - BERNAMA

Lagi MELATOP!! Mahasiswa Serang Umno di PWTC!! Gambar Najib Diturun, Diganti Bendera #HimpunanBEBAS !!



Tahniah!! Syabas!! 


Mahasiswa negara telah melangkah setapak lagi!! Lebih berani !!


Mahasiswa tidak lagi berselindung!! Mahasiswa kini dalam posisi menyerang !! Keberanian Mahasiswa 17 Disember menjadi sejarah!! 


Tengah hari, beberapa jalanraya di bandaraya Kuala Lumpur 'ditawan' Mahasiswa... Petangnya pula, PWTC sarang Umno pula diserang Mahasiswa !! Semangat ABU menular di jiwa anak muda Mahasiswa!! Asalkan Bukan Umno adalah satu jawapan untuk membebaskan Mahasiswa!! #HimpunanBEBAS hari ini membebaskan kerangka yang mengongkong mahasiswa!!


Mahasiswa! Kamulah pejuang sebenar mengorak kebangkitan rakyat !! Di mana-mana pun, regim akan tumbang di tangan anak muda dan mahasiswa !!


Syabas kepada gerakan asli anak muda mahasiswa !! Inilah kebangkitan dan tunjang kekuatan yang bakal menumbangkan regim kuku besi !!


Solidariti buat mahasiswa !! 









Sumber Gambar: Twitter MahasiswaMsia


Lagi gambar Mahasiswa kuasai jalanraya di Kuala Lumpur di sini, dari Masjid Jamek ke Suhakam, dan seterusnya ke PWTC!! 


EDYES 
Pengarah Propaganda SAMM
www.anakmudamalaysia.com

Monday, November 21, 2011

utusan haprak buat kerja fitnah semata mata

tuduhan UTUSAN MELOYA terhadap air kelantan kotor dan terlalu tinggi E.coli dalah fitnah murahan...ini hanya isu bagi menutup  isu lembu menteri umno tu..

kah kah kah... jawapan tok guru mudah"Air Kelantan digunakan untuk cuci taik lembu NFC RM250 juta.."

kah kah kah...lawak2 tapi pedas giler...

 ini data rasmi Panduan Industri Air Malaysia 2010 (kandungan E.coli)
Negeri Kelantan (0.88%) Pahang (1.12%), Perak (0.90%), Perlis (1.21%) dan Wilayah Persekutuan Labuan (1.01%).

cuba puak umno peratikan negeri mana yg airnya mengandungi kandungan E.coli tertinggi...

Data rasmi Panduan Industri Air Malaysia 2011 belum dikeluarkan lagi tetapi UTUSAN MELOYA dah mengeluarkan datanya sendiri dengan memfitnah air kelantan mempunyai kandungan E.coli tertinggi...

Saturday, October 9, 2010

dasar paria tak sedar diri..

(menggunakan isu yang sama dengan tukar tiub)

PEMUDA UMNO JB MAHU PENGERUSI HINDRAF DIHALANG MASUK NEGARA – mstar

JOHOR BAHRU: Pemuda Umno Bahagian Johor Baharu mahu Pengerusi Hindraf P. Waytha Moorthy dihalang daripada memasuki negara ini berikutan tindakannya mempertikaikan titah yang dibuat oleh Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar.

Ketuanya Khalid Mohamad berkata kenyataan Waytha Moorthy menerusi laman web Free Malaysia Today itu tidak boleh dimaafkan kerana beliau seolah-olah mempersoalkan kuasa yang dimiliki oleh raja-raja Melayu.

"Kita akan meminta kerajaan supaya menghalang kemasukan pengerusi Hindraf itu ke negara ini serta pada masa yang sama menutup laman web Free Malaysia Today kerana ia merupakan ancaman kepada keselamatan negara ini," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas mengetuai demonstrasi aman seramai 200 orang bagi membantah kenyataan yang dibuat oleh pengerusi Hindraf itu di Terminal Pengangkutan Awam Larkin, di sini, Sabtu.

opsss.....bukan Waytha Moorthy yang paria tapi orang Melayu. kata Pak Ngah kg. Semerak, orang India dan Cina di Tanah Melayu mendapat kerakyatan di bawah kerajaan British yang dinamakan British Residence dan Raja2 Melayu juga di bawah perkenan British. Maknanya mereka setaraf. Orang Melayu pula di bawah Yang Di pertuan Agong iaitu Raja2 Melayu. Maknanya kita lebih paria.

dalilnya - perhimpunan hindraf dulu mengapa hantar memorandum ke kedutaan british tidak ke istana negara seperti demo bersih, isa dan lain2? sebab british yg bawa india dan cina masuk dan mengiktiraf kerakyatan mereka. sultan pula diiktiraf oleh british, yang tak diiktiraf ditendang. orang melayu duduk bawah sultaaaaaaannn...

siapa paria?

nasib baik moyang2 aku dulu pun india..hikhikhik..

SUMBER LABUN KULUP SAKAH

Saturday, July 17, 2010

Setiausaha Kerja AMK Pusat kembali ke Rahmatullah... Al- Fatihah


Setiausaha Kerja AMK Pusat kembali ke Rahmatullah... Al- Fatihah


Hasmuzair (Jet Perlis) telah kembali ke Rahmatullah akibat kemalangan jalanraya.

Jenazahnya kini berada di Hospital Sg Buluh dan akan dikebumikan di Perlis.

Jet mempunyai 11 adik beradik dan merupakan anak ke empat.

Beliau meninggalkan seorang isteri dan 3 orang anak.

Semoga rohnya ditempatkan bersama-sama orang beriman...amin...


Al-Fatihah..

Terkini...Jenazah akan dikebumikan pagi esok di Kg Simpang Geti,km 2 Jalan Mata Ayer, Arau, Perlis, pertanyaan sila hubungi Hasfizar Hassan 017-432 0922

Friday, June 4, 2010

Demo - beza PR dan Umno bn


Seramai 10,000 orang menyertai demontrasi Pakatan Rakyat di ibu negara selepas solat Jumaat bagi membantah serangan berdarah tentera Israel terhadap flotila bantuan kemanusiaan pro-Palestin Isnin lalu.

Kumpulan itu membanjiri Masjid Kampung Baru untuk menunaikan solat Jumaat sebelum berarak beramai-ramai ke kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Ampang, sejauh hampir 5 kilometer.

Dipimpin Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, mereka bergerak lancar apabila tidak dihalang polis, seperti kebiasaan dalam demontrasi besar Pakatan Rakyat sebelum ini.

Memorandum bantahan mereka berjaya disampaikan kepada wakil kedutaan Amerika Syarikat kira-kira jam 3.30 tadi tanpa sebarang insiden yan tidak diingini.



Kira-kira 200,+++++ orang hadir dalam perhimpunan anti-Israel anjuran Pemuda BN di Masjid Negara selepas solat Jumaat hari ini.

Berbeza dengan perhimpunan pakatan rakyat yang hanya hadir 10,000 orang..kah! kah!kah!


kah! kah!kah! ramainya penyokong umno sampai tk menang tangan nak dikira..

pastu pulak mana pegi puak-puak bn terutama MIC dan MCA kenapa mereka tk buat demo sekali ...adakah kerana Palestin tu islam oleh itu cina dan india bn takyah buat demo?

Tak seperti Pakatan Rakyat semua kaum turut berdemo demi menentang kezaliman rejim Israel...


CUPING : Umno berdemo cuma untuk cukupkan syarat jer...janji ade haa..haaa..haa. lagi pon mereka menyokong Israel tu...